Wednesday, 17 August 2011

Buntu!

entah apa yang aku fikir pun aku tak tau. byk sgt bnde yg jadi dalam 1 masa. huh. sampaikan keje semua aku tolak ke tepi. nangis? itu yang terbaik.

kenapa aku susah nak tafsir diri aku sendiri. orang pijak? argghh. aku biarkan je. sakit? ye. memang sakit dan pedih. biarkan la. hanya itu yang mampu aku buat.

1001 persoalan masih belum terjawab. (T_____T)

Saturday, 6 August 2011

Cinta Hati

tettt tettt   tettt tettt....
"Na, datang ke rumah nenek, lebaran ya. makan ketupat, bakso dan lain-lain. gimana puasa, libur ya."


Rindunya kampung halaman nun jauh di negara orang. Ngomelku di dalam hati. "InsyaAllah klu ngak ada apa-apa kami ke sana ya. Diyana lagi di kuliah di Johor". buntu hatiku untuk membalas msg. Hendak menjaga hati dan perasaan nenek di sana. Begitu rindu beliau dengan kami. 6 tahun dahulu, buat pertama kalinya kami sekeluarga beraya di Indonesia. Betapa gembiranya hati nenek dan sanak saudara di sana. Bermacam-macam persiapan yang dilakukan untuk menyambut kami. Pagi raya yang indah disulami dengan takbir raya yang bergema, semua orang berpusu2 ke masjid numun kami hanya mampu takbir di atas awan yang indah. Tibanya kami di atas bumi Indonesia, doa dipanjatkan. Melangkah kaki ke dalam rumah nenek, timbul 1001 persoalan dalam hatiku. "yang nih sapa, eh asal ramai sangat. pakcik makcik  aku mana satu, sepupu aku mana satu" Buntu!
Sebelum menikmati juadah yang disediakan, kami semua berkumpul. Abang ayahku telah mengetuai acara ini. Dengan rasa syukur, buat pertama kalinya nenek berhari raya bersama semua anak dan cucu-cucunya. Tiada satu pun yang tertinggal. Air mata nenek deras mengalir tanda rindunya pada anak lelakinya yang jauh di Malaysia telah pun berada di depan mata. Air mata aku juga turut serta, manakan tidak, ini pertama kali aku bertemu dengan nenek setelah 15 tahun aku dilahirkan. Mungkin ini rezeki pada kali ini untuk berhari raya di sana. Tidak ku nafikan, semua sanak saudara di sana amat ramah. Tidak ada sedikit pun rasa kekok untuk aku bergaul dengan mereka. riuh rendah rumah nenek dengan gelak tawa kami. tiada penghalang bahasa yang  memisahkan kami untuk berceloteh. Gembira! bentak hatiku. mereka semua terlalu berharga bagi diriku.

Kini, jarak telah memisahkan kami. Numun, teknologi yang ada kini telah menghubungkan kami semula. tidak pernah lupa untuk mereka bertanyakan khabar setiap kali tertera Nur Diyana is now online. Bagi mereka, tali persaudaraan itu amat berharga walaupun kami tidak membesar bersama-sama. Darah yang mengalir dalam tubuh kami adalah sama. Ya! sama. dan mungkin darah GURU yang mengalir dalam tubuhku adalah darah sama dari keturunan arwah kakek. Kakek dulu bekas guru besar di sekolah di Indonesia, namun Allah lebih menyayangi diri kakek. Tante, wak dan om juga kebayakkannya adalah guru. Dan kini aku meneruskan tugas yang telah ditinggalkan oleh kakek. InsyaAllah, akan ku laksanakan.

Kakek : Atuk
Tante : makcik
Wak dan Om : Pakcik


Nota Hati : Jangan jadikan jarak itu sebagai penyebab untuk berpisah.

Thursday, 4 August 2011

aku dan keluarga

Ayah : bangun seawal jam 6 pagi untuk membanting tulang menyara seorang isteri dan 4 orang anaknya. Tidak pernah sekali pun meninggikan suaranya sejak aku dilahirkan di dunia ini. Hanya tutur katanya yang lembut untuk menasihati anak2 nya. Ia, mungkin ini cara didikan ayah kepada 4 orang anaknya yang makin meningkat dewasa. Dari kecil kami diberikan kasih sayang sepenuhnya walaupun raut wajah ayah tergambar urat2 halus yang keletihan. Sungguh! bisik hati ini hendakkan seorang suami seperti ayah. Sedaya upaya ayah memberikan kegembiraan kepada anak-anak dan isterinya walaupun serba kekuranagan. Tidak luput dalam ingatan ayah sesuatu yang istimewa buat anak-anaknya.

Emak : Tulang belakang kepada keluarga ini. Membesarkan anak-anaknya dengan cara tersendiri. Berbeza dengan ayah. Dahulu, emak seorang yang tegas dalam mendidik anak-anaknya untuk menjadi manusia, tetapi masih terpancar raut kasih sayangnya. Hanya cubitan dan pukulan tangan emak sahaja yang diberikan untuk membesarkan anaknya. 16 tahun dahulu, emak membawa 2 orang anaknya menaiki basikal tua untuk anak-anaknya mendapatkan ilmu. aku dihantar ke kelas untuk kanak-kanak 5 tahun sementara abang dihantar ke Tadika Islam Datuk Keramat. Kami dibesarkan dengan acuan yang tersendiri. Kini, tiada lagi cubitan dan pukulan kerana yang tinggal hanyalah suara lembut emak yang disulami kata-kata nasihat kepada anaknya.

Abang : Zaman kanak-kanaknya dilimpahi dengan buku-buku kesayangannya berbeza dengan kanak-kanak yang lain. Segala robot2 mainan hanya menjadi sampingan. Biarkan dia bersendirian dengan buku-buku dan komik kesukaannya. Hanya itu teman setianya. Sifat pemalu dizaman muda amat melucukan. Pernah satu ketika, dia terpilih untuk memasuki pertandingan di tempat tinggalku, rayuan kawan-kawan serta jiran terdekat terpaksa dilakukan untuk memaksa dia menyertai, dengan linagan air mata abang turutkan sahaja. Akan tetapi, sifat pemalu itu amat menyenagkan hati semua pihak. Tidak hairanlah jika di sekolah rendah dahulu, abang amat disayangi oleh guru dan jiran tetangga. Keperibadiannya sebagai seorang abang amat menyerlah. Menjagaku walaupun tidak diungkapkan dengan kata-kata.

Aku : Aku dibesarkan dalam suasana kampung berembang yang kurang kanak-kanak perempuan. Pernah juga emak membisikkan kerisauan tentang pergaulan aku dengan teman sebaya semasa kecil yang majoritinya kaum adam. "tomboy jugak anak aku nih", mungin itulah kata-kata emak di dalam hati. Tetapi segala kerisauan emak terpadam juga dengan cara didikannya dan ayah. Sifatku yang mudah menangis dan merajuk seperti wanita yang lain sudah muak di tonton oleh ahli keluargaku. Dengar saja pintu bilik ditutup, pasti ada yang tak kena. Mana tidaknya, ahli keluarga semuanya kaum adam. Hanya tinggal aku dan emak sahaja. Semuanya pasti dimonopoli oleh mereka. Pantang drama sayu di tv, air mata ini yang pertama mengalir. Hanya gelakkan yang mampu diberikan oleh ahli keluarga kepadaku. Jika muncul perasaan amarah dalam diri, pasti air mata sebagai penamat amarah.

Imran : Seorang anak teruna yang makin meningkat dewasa. Seorang yang akan dikatakan sangat pendiam dan pemalu jika dikalangan bukan ahli keluarganya. Sifat yang bertentangan dengan abang. Jika abang pemalu pada masa kecil, dia pula sangat 'aktif' pada masa kecil, dewasa ini dia semakin senyap dikeriuhan orang ramai. Entah di mana sifat 'aktif' nya hilang. Kini dia seorang pekerja sambilan yang menunggu masa untuk meneruskan perjalanan menuntut ilmu. Sifat merajuk juga dimiliki oleh dirinya. Tambahan pula, dia sering merendahkan dirinya pada mak, "abang dengan ana boleh, kenapa imran tak boleh" kata-kata ini yang sering diluahkannya. Kadang-kadang terdetik dalam hati kecil ku yang dia mampu jadi macam aku dan abang juga satu hari nanti. Adakalanya terpancar di wajah cengkungnya sifat kasih dan sayang pada emak dan ayah. Ku harap satu hari nanti dikau akan dapat mencapai apa yang dihajati.

Hisyam : Masih menuntut di sekolah rendah tetapi tubuh badanya tidak menggambarkan umur yang tercatit. Banyak mewarisi kebijaksanaan daripada abang. Sifat kasihan dalam dirinya terlalu agung sehinggakan setiap kali terjumpa manusia di tepi-tepi jalan meminta simpati akan dihulurkan oleh Hisyam. Tidak cukup dengan itu, setiap kali pulang dari menuntut ilmu agama, dia pasti membantu pakcik dijalanan menjual char koi. Jika di tanya mengapa, pasti jawapannya "saja-saja je tolong". tapi kata emak, pasti naluri ingin tahu bagaimana membuat char koi dalam dirinya membuak-buak. Kini, hanya dia sahaja yang masih bersekolah. abang-abang dan kakanya sudah melepasi frasa itu. Kasihan melihat diri dia yang kadang-kala bersendirian di rumah, namun peneman setianya hanyalah tv dan mainan2 nya.



Nota Hati : Janganlah mengharapkan kesempurnan, kelak kesempurnaan itu hilang muncul pula kecatatan yang menyebabkan hati berubah.

new

4 OGOS 2011. tepat jam 12.25 ikut jam aku (jam hp. sebab jam aku kena curi. T___T), bilik teknologi pendidikan guna pc makmal. akhirnya aku dah ada belog! yeayy.! haha. benda yang tak pernah wujud dalam kotak fikiran aku selama nih. belog ini yang akan jadi teman setia aku sebagai pengganti diari aku. yup. segala suka duka hidup aku, aku tujukan kat kau diari. semoga kau selalu setia menemani aku. :)