Thursday, 4 August 2011

aku dan keluarga

Ayah : bangun seawal jam 6 pagi untuk membanting tulang menyara seorang isteri dan 4 orang anaknya. Tidak pernah sekali pun meninggikan suaranya sejak aku dilahirkan di dunia ini. Hanya tutur katanya yang lembut untuk menasihati anak2 nya. Ia, mungkin ini cara didikan ayah kepada 4 orang anaknya yang makin meningkat dewasa. Dari kecil kami diberikan kasih sayang sepenuhnya walaupun raut wajah ayah tergambar urat2 halus yang keletihan. Sungguh! bisik hati ini hendakkan seorang suami seperti ayah. Sedaya upaya ayah memberikan kegembiraan kepada anak-anak dan isterinya walaupun serba kekuranagan. Tidak luput dalam ingatan ayah sesuatu yang istimewa buat anak-anaknya.

Emak : Tulang belakang kepada keluarga ini. Membesarkan anak-anaknya dengan cara tersendiri. Berbeza dengan ayah. Dahulu, emak seorang yang tegas dalam mendidik anak-anaknya untuk menjadi manusia, tetapi masih terpancar raut kasih sayangnya. Hanya cubitan dan pukulan tangan emak sahaja yang diberikan untuk membesarkan anaknya. 16 tahun dahulu, emak membawa 2 orang anaknya menaiki basikal tua untuk anak-anaknya mendapatkan ilmu. aku dihantar ke kelas untuk kanak-kanak 5 tahun sementara abang dihantar ke Tadika Islam Datuk Keramat. Kami dibesarkan dengan acuan yang tersendiri. Kini, tiada lagi cubitan dan pukulan kerana yang tinggal hanyalah suara lembut emak yang disulami kata-kata nasihat kepada anaknya.

Abang : Zaman kanak-kanaknya dilimpahi dengan buku-buku kesayangannya berbeza dengan kanak-kanak yang lain. Segala robot2 mainan hanya menjadi sampingan. Biarkan dia bersendirian dengan buku-buku dan komik kesukaannya. Hanya itu teman setianya. Sifat pemalu dizaman muda amat melucukan. Pernah satu ketika, dia terpilih untuk memasuki pertandingan di tempat tinggalku, rayuan kawan-kawan serta jiran terdekat terpaksa dilakukan untuk memaksa dia menyertai, dengan linagan air mata abang turutkan sahaja. Akan tetapi, sifat pemalu itu amat menyenagkan hati semua pihak. Tidak hairanlah jika di sekolah rendah dahulu, abang amat disayangi oleh guru dan jiran tetangga. Keperibadiannya sebagai seorang abang amat menyerlah. Menjagaku walaupun tidak diungkapkan dengan kata-kata.

Aku : Aku dibesarkan dalam suasana kampung berembang yang kurang kanak-kanak perempuan. Pernah juga emak membisikkan kerisauan tentang pergaulan aku dengan teman sebaya semasa kecil yang majoritinya kaum adam. "tomboy jugak anak aku nih", mungin itulah kata-kata emak di dalam hati. Tetapi segala kerisauan emak terpadam juga dengan cara didikannya dan ayah. Sifatku yang mudah menangis dan merajuk seperti wanita yang lain sudah muak di tonton oleh ahli keluargaku. Dengar saja pintu bilik ditutup, pasti ada yang tak kena. Mana tidaknya, ahli keluarga semuanya kaum adam. Hanya tinggal aku dan emak sahaja. Semuanya pasti dimonopoli oleh mereka. Pantang drama sayu di tv, air mata ini yang pertama mengalir. Hanya gelakkan yang mampu diberikan oleh ahli keluarga kepadaku. Jika muncul perasaan amarah dalam diri, pasti air mata sebagai penamat amarah.

Imran : Seorang anak teruna yang makin meningkat dewasa. Seorang yang akan dikatakan sangat pendiam dan pemalu jika dikalangan bukan ahli keluarganya. Sifat yang bertentangan dengan abang. Jika abang pemalu pada masa kecil, dia pula sangat 'aktif' pada masa kecil, dewasa ini dia semakin senyap dikeriuhan orang ramai. Entah di mana sifat 'aktif' nya hilang. Kini dia seorang pekerja sambilan yang menunggu masa untuk meneruskan perjalanan menuntut ilmu. Sifat merajuk juga dimiliki oleh dirinya. Tambahan pula, dia sering merendahkan dirinya pada mak, "abang dengan ana boleh, kenapa imran tak boleh" kata-kata ini yang sering diluahkannya. Kadang-kadang terdetik dalam hati kecil ku yang dia mampu jadi macam aku dan abang juga satu hari nanti. Adakalanya terpancar di wajah cengkungnya sifat kasih dan sayang pada emak dan ayah. Ku harap satu hari nanti dikau akan dapat mencapai apa yang dihajati.

Hisyam : Masih menuntut di sekolah rendah tetapi tubuh badanya tidak menggambarkan umur yang tercatit. Banyak mewarisi kebijaksanaan daripada abang. Sifat kasihan dalam dirinya terlalu agung sehinggakan setiap kali terjumpa manusia di tepi-tepi jalan meminta simpati akan dihulurkan oleh Hisyam. Tidak cukup dengan itu, setiap kali pulang dari menuntut ilmu agama, dia pasti membantu pakcik dijalanan menjual char koi. Jika di tanya mengapa, pasti jawapannya "saja-saja je tolong". tapi kata emak, pasti naluri ingin tahu bagaimana membuat char koi dalam dirinya membuak-buak. Kini, hanya dia sahaja yang masih bersekolah. abang-abang dan kakanya sudah melepasi frasa itu. Kasihan melihat diri dia yang kadang-kala bersendirian di rumah, namun peneman setianya hanyalah tv dan mainan2 nya.



Nota Hati : Janganlah mengharapkan kesempurnan, kelak kesempurnaan itu hilang muncul pula kecatatan yang menyebabkan hati berubah.

No comments: